Langkau tajuk talian

Untuk bermula

Pengenalan

Bahagian Pusat Bantuan ini dikhususkan untuk membantu pelbagai jenis rakan kongsi mencapai keberkesanan yang lebih tinggi dengan memanfaatkan sepenuhnya ciri berharga cTrader melalui pendekatan yang unik.

Siapakah rakan kongsi?

Rakan kongsi (IB) bekerjasama rapat dengan broker mereka untuk menarik minat pedagang lain dan menggalakkan dagangan langsung aktif mereka melalui pelbagai cara (berkongsi produk dagangan, menghantar isyarat, menawarkan pandangan analisis teknikal, menyediakan strategi dan banyak lagi). Untuk menerima pampasan bagi kerja mereka, rakan kongsi mendaftar dalam program rujukan broker mereka; lazimnya, pampasan ini diberikan dalam bentuk rebat.

Jika anda belum pernah mempertimbangkan untuk menceburi bidang perkongsian, berikut merupakan beberapa manfaat yang mungkin anda peroleh apabila berbuat demikian:

  • Membina dan menyertai komuniti dagangan dengan setiap peserta saling berkongsi ilmu pengetahuan.
  • Belajar dengan cepat dan mudah daripada orang lain serta menambah baik pendekatan anda terhadap dagangan dengan mendapatkan maklum balas daripada rakan industri anda.
  • Memperoleh pengikut media sosial dalam kalangan pedagang lain yang mungkin menganggap pandangan dagangan anda boleh dipercayai dan berkesan.
  • Berpotensi meraih imbuhan tambahan daripada broker anda sebagai sebahagian daripada program rujukan.
Apakah cTrader Invite?

Bagi memperlengkapi rakan kongsi untuk memperoleh rujukan dengan lebih berkesan, cTrader menawarkan aplikasi Invite dengan pelbagai fungsi yang mudah digunakan untuk mengurus pautan jemputan dan berkongsi kod QR, menjejak statistik pedagang jemputan, memaparkan senarai kenalan peribadi dan mempromosikan produk rakan kongsi. cTrader Invite ialah penyelesaian serba lengkap yang membolehkan rakan kongsi meningkatkan penukaran pedagang baharu kepada pelabur aktif.

Sekiranya anda telah menjadi rakan kongsi, panduan dalam bahagian ini dapat membantu anda merancang aktiviti dan melaksanakan rancangan anda dengan sebaik mungkin. Sekiranya anda baru hendak bermula, artikel kami akan menjadi rujukan utama anda tentang ciri terbina dalam cTrader untuk rakan kongsi.

Semak senarai penuh alat rakan kongsi yang ditawarkan oleh cTrader.

Struktur

Tutorial kami dibahagikan kepada subbahagian mengikut enis rakan kongsi tertentu bagi memberikan nilai tertinggi. Harap maklum bahawa pertindihan antara jenis rakan kongsi ini adalah mustahil untuk dielakkan, memandangkan rakan kongsi sering menggunakan strategi gabungan.

  • Untuk pedagang sosial. Di sini, anda akan belajar cara memanfaatkan alat cTrader yang berorientasikan aspek sosial.
  • Untuk pendidik. Panduan dalam subbahagian ini membincangkan cara anda boleh berkongsi ilmu pengetahuan dengan pedagang lain secara mudah dan berkesan.
  • Untuk pengurus wang. Dalam subbahagian ini, kami menunjukkan cara anda boleh memperbaik kaedah anda menjalankan urusan dagangan bagi pihak orang lain.
  • Untuk ahli rangkaian dan anggota gabungan. Tutorial dalam subbahagian ini menunjukkan cara anda boleh menjana trafik dengan berkesan bagi sumber web anda atau yang dimiliki oleh broker anda.