Untuk pedagang sosial¶
Definisi pedagang sosial ¶
Pedagang sosial kerap berkongsi analitis berkaitan dagangan, isyarat, strategi dan banyak lagi di seluruh komuniti media sosial. Dagangan sosial tidak semestinya melibatkan sebarang bayaran tambahan daripada pihak broker. Bukan semua pedagang sosial ialah rakan kongsi, tetapi hampir semua rakan kongsi ialah pedagang sosial yang mahir. Kami percaya bahawa pedagang sosial boleh meningkatkan pendapatan mereka dengan ketara apabila menjadi rakan kongsi dan menggunakan alat cTrader yang direka bentuk untuk perkongsian yang mudah dan selesa.
cTrader Copy ialah instumen utama yang digunakan oleh pedagang sosial. Instrumen tersebut berfungsi sebagai platform dagangan sosial yang membolehkan penyedia strategi yang mahir mencipta strategi untuk pedagang lain melabur. Kecuali dalam keadaan tertentu, urusan dagangan yang dibuat oleh penyedia strategi akan direplikakan oleh pelabur mereka. Oleh itu, apabila penyedia strategi memperoleh keuntungan daripada dagangan mereka, pelabur mereka juga mendapat manfaat. Selain itu, penyedia strategi boleh menetapkan pelbagai struktur fi untuk memperoleh wang tambahan dengan menarik perhatian pedagang kepada strategi yang berkesan dan popular.
Ciri-ciri lain yang ketara untuk pedagang sosial menarik minat pelabur baharu termasuk:
- cTrader Invite
- Pautan isyarat
- Pemakluman harga
- Akses Pelabur
Panduan untuk penyedia strategi ¶
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menjadi penyedia strategi yang berkesan, rujuk tutorial berikut:
- Tukar bakal pelanggan menjadi pelabur strategi. Panduan ini membincangkan cara anda boleh menukar dengan mudah bakal pelanggan baharu menjadi pelabur sambil memaksimumkan nilai untuk diri sendiri dan pedagang lain.
- Peroleh lebih banyak rebat. Dalam artikel ini, anda akan belajar cara memaksimumkan pendapatan anda daripada program rujukan broker kerana ciri-ciri mantap cTrader.